Kayu hanyut dikutip dari pelbagai negara, disimpan selama bertahun-tahun oleh artis ini bagi penghasilan seni arca ekspresi wajah

0
472

Bennett Ewing telah mula membuat arca daripada kayu hanyut yang dijumpai sejak tahun 2001, dengan kebanyakannya dengan membina arca ekspresi wajah dan tubuh badan manusia. Bennet membina arca dengan menggabungkan kayu hanyut yang dikutip dari pelbagai tempat dan negara.

Arca wajah dibina dengan mencantumkan kayu hanyut semulajadi yang tidak diukir dan dibiarkan dengan warna asalnya. Sehingga kini selama 17 tahun, Bennett telah mengumpul pelbagai rupa kayu hanyut untuk binaan arca wajah dari 40 negeri di Amerika Syarikat serta negara Kanada, Mexico dan Ireland.

Bennett banyak menghabiskan zaman kanak-kanak dengan bermain bersama alam semulajadi dan terpesona melihat pokok dan kayu di dalam hutan. Dan ekspresi wajah daripada binaan arca itu menggambar wajah alam semulajadi dan semangatnya.

Semua bermula apabila Bennett memasuki kolej dan mempelajari bidang seni halus, arca dan ukiran di Prescott, Arizona pada usia 19 tahun dengan Bennett membuat eksperimentasi mengukir dan membina arca menggunakan kayu, batu, cengkerang dan lain-lain.

Semasa di New England, Bennett mengumpul bahan untuk projek seninya termasuk kayu hanyut.

Bermula dengan membuat topeng dan topi menggunakan bahan kayu untuk tugasan kolej, Bennett beralih membuat wajah dari kayu hanyut atau kayu mati yang dijumpai di dalam hutan dan gurun, apabila mendapat bahan untuk menambah bahagian mata, hidung dan bibir.

Selepas itu Bennett mula mengumpul kayu hanyut dengan menumpukan binaan arca memfokus kepada ekspresi wajah.

Kini selepas 17 tahun, Bennett membina arca wajah daripada kayu hanyut.

Apabila sedang bekerja membina arca wajah, Bennett membiarkan kayu-kayu hanyut pelbagai saiz itu membawa tangannya membentuk ekspresi wajah.

Kayu-kayu hanyut seolah-olah memberitahu di mana ia perlu diletakkan, bersama beberapa percubaan dan sedikit kesalahan, akhirnya satu wajah akan dibentuk.

Kadangkala idea membentuk karektor wajah datang serentak dalam jangka masa beberapa minggu dengan beberapa bentuk arca wajah dapat dibina.

Adakala satu binaan arca memakan masa selama setahun untuk disiapkan sekiranya Bennett kekurangan idea dan tidak dapat melihat wajah seperti mana yang dimahukan.

Bennett mahu orang lain melihat pelbagai personaliti yang dihasilkan pada binaan arca wajah dengan setiap satu mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh itu Bennett sentiasa berhati-hati menghasilkan binaan arca wajah dengan pemilihan kayu hanyut yang sangat teliti.

Walaupun Bennett sentiasa membuat pelbagai eksperimentasi dengan penghasilan idea baru, 5 projek hasil kerja seni akan sentiasa dapat disiapkan dalam masa setahun.

Bennett mengembara ke setiap pelusuk negeri di Amerika Syarikat dan luar negara untuk mencari kayu hanyut dengan tujuannya yang tertentu. Setiap kayu hanyut yang dikumpul tidak semestinya akan disambung dan dicantumkan pada arca yang sama. Mungkin untuk projek yang akan datang.

Semenjak berpindah ke California utara pada tahun 2011, Bennett telah menggunakan lebih banyak kayu hanyut berbanding tahun sebelumnya.

Bennett masih mengembara ke pelusuk Amerika Syarikat mencari kayu hanyut yang sesuai serta mendapatkan sumber inspirasi.

Binaan arca wajah yang unik dan inspirasi Bennett Ewing datang daripada tempat di mana kayu hanyut itu dijumpai bersama nilai estetika yang tersendiri.

Kredit foto : eyevantumbleweed.com /Daniel Blue Photography/Illuminatrix Photography

Sumber : Era Baru

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

[BACA] Wanita 74 Tahun Ini Setiap Hari Kutip Duit Syiling Di Dasar Laut Untuk Hidup