Biodata Niena Baharun (Husna), Pelakon Jangan Benci Cintaku. Rupa-Rupanya Bukan Calang Orang

0
814

PELAKON Niena Baharun mengakui dirinya telah membuat ramai orang berang. Semuanya gara-gara watak Husna dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku.

Niena Baharun mula dikenali sejak lakonannya dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz yang ditayangkan pada pukul 7 malam setiap Isnin hingga Khamis di slot Akasia TV3.

Beliau sering dikritik kerana perwatakan gedik dan tidak bersesuaian dengan imej bertudung susulan watak lakonan yang dibawanya. Namun begitu beliau terus positif dan menganggapnya sebagai satu cabaran dalam bergelar artis.

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, dia memberitahu telah mendapat pelbagai respon mengenai watak terbabit yang rata-rata mengecamnya. Pun begitu, Niena berkata, dia menerima kecaman itu, malah menghargai komen-komen membina yang diberikan kepadanya.

Bini dia lari, kesian lah Shah – Husna #JanganBenciCintaku

A post shared by nienabaharun (@nienabaharun.nb) on

“Kita baca comments yang duk geram, mengutuk, maki hamun dengan si Husna dalam IG, FB dan di mana mana ada je Husna. “Macam-macam emosi pulak tu. Takpe, teruskan… Cuma maafkan kita tak mampu nak balas satu satu.

“Apa apa pun kita appreciate sangat diatas kata kata yang membina. Thank you for all the comments,” tulisnya

Niena yang kini sedang hamil memberitahu dia mahu memberi perhatian dan fokus dengan kandungannya.

Niena membawa watak seorang wanita yang menjadi orang ketiga di antara pasangan suami isteri lakonan Saharul Ridzwan dan Zahirah Macwilson. Husna tetap mahu mengahwini Saharul walaupun sudah mengetahui lelaki itu sudah mempunyai seorang isteri.

Ok tak kalau Husna & Fika berbaik? Bermadu? 🤔 @nienahoneybee #janganbencicintaku

A post shared by nienabaharun (@nienabaharun.nb) on

Biodata Niena Baharun

Nama Penuh: Amaniena Baharun

Tarikh Lahir: 14/4/1993, Umur: 25 Tahun (2018)

Pendidikan: Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) dalam jurusan kejuruteraan awam

Asal: Kota Bahru, Kelantan

Adik-beradik: Anak kedua daripada empat adik-beradik.

Kerjaya: Model dan Pelakon

Drama: Demi Dia (2013), Rindu Awak 200% (2014), Hati Perempuan (2015), Cinta Teruna Kimchi (2016) danSayangku Kapten Mukriz (2016), Jangan Benci Cintaku (2018)

Laman Sosial:

1. Facebook Niena Baharun – https://www.facebook.com/NienaBaharun
2. Instagram Niena Baharun – https://www.instagram.com/nienabaharun.nb/

Gambar Niena Baharun yang Cantik dan Ayu

#1

#2

#3

#4

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

[BACA] Sabri Yunus Kini Viral Dengan Pokya Cong Codei – Kenali Sabri Yunus Yang Bukan Calang – Calang orangya…